Pemimpin Masyarakat Harus Bertindak Secara Efisien Dan Efektif – Ellron

ellron.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Menyifatkan para pemimpin masyarakat sebagai suara rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, Datuk Ellron Angin meminta mereka agar memainkan peranan penting itu terutama dalammemastikan kemajuan serta pembangunan masyarakat setempat seiring dengan pembangunan di bandar.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata, atas faktor itu juga pemimpin masyarakat perlulah memahami skop tugasan masing-masing bagi membolehkan mereka memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian dalam program Jamuan Bersama Datuk Ellron di kediamannya, di sini, pada Jumaat lalu.

Tegas Ellron, pemahaman terhadap skop tugas adalah penting bagi memudahkan para pemimpin masyarakat bertindak secara efisien, cepat dan kolektif, mengambil kira suara ramai tanpa mengutamakan kepentingan diri sendiri.

Dalam ucapannya beliau mengingatkan pemimpin masyarakat bahawa mereka adalah suara rakyat di kampung masing-masing, maknanya segala permasalahan dan keluhan penduduk menjadi tanggungjawab kepada mereka untuk menyampaikannya kepada pihak atasan.

“Anda adalah jambatan antara penduduk kampung dan peringkat atasan, oleh itu segala permasalahan kampung hendaklah dilaporkan kepada pihak atasan. Ini penting bagi memastikan kampung anda tidak ketinggalan daripada menikmati limpahan kemajuan semasa,” kata beliau.

Program anjuran UPPM Sook itu dihadiri oleh sebilangan besar pemimpin-pemimpin masyarakat yang terdiri daripada Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Pengerusi JPKK Kampung di DUN Sook.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook, Paul F. Isidore dan Ketua Daerah, Risi Raimon.

 

Foto: FB YB Datuk Ellron Angin

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top