Pemimpin kerajaan, pembangkang diseru lakukan ‘gencatan politik’ selepas PRN

Peter-Anthony.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang perlu melakukan “gencatan politik” selepas PRN Sabtu ini seiring titah Yang di-Pertuan Agong untuk mengekalkan kerajaan yang stabil.

Menurut FMT gesaan itu dibuat oleh Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Datuk Peter Anthony, yang berkata spekulasi perubahan tampuk pentadbiran Putrajaya yang konon bakal berlaku tidak akan menguntungkan negara.

Beliau yang juga ADUN Melalap menambah kata, sejak 2020 keadaan politik negara sering bergolak, dengan kepimpinan Putrajaya bertukar sebanyak tiga kali sekali gus membantutkan usaha pemulihan ekonomi.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia dilihat mengingkari titah Agong supaya mengekalkan pentadbiran kerajaan untuk kestabilan negara,” katanya dalam kenyataan.

PKDM diwakili Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda yang mesra Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anthony mengulas kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam, yang mendakwa bakal berlaku perubahan kerajaan jika Perikatan Nasional (PN) menang PRN enam negeri.

Hadi membuat dakwaan itu berdasarkan terdapat sokongan daripada Ahli Parlimen dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan dari Sabah dan Sarawak.

PRN diadakan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, dan Kelantan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top