Pemimpin GRS dan GPS bersama PM pada di tiga pusat penamaan calon

Selayang-3.jpg

Hajiji bersama Abang Johari mengiringi Perdana Menteri di pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu lepas.

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Haji Openg mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyokong calon Kerajaan Perpaduan di tiga pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Selangor di sini hari ini.

Lokasi pertama kehadiran mereka ialah di SMK Sungai Pusu, pusat penamaan calon bagi Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang.

Di Sungai Tua dan Hulu Kelang Pakatan Harapan diwakili oleh calon PKR manakala UMNO pula dicalonkan di kerusi Gombak Setia.

Persinggahan kedua ialah pejabat Majlis Perbandaran Selayang, yang merupakan pusat penamaan calon bagi DUN Taman Templer, Kuang dan Rawang, yang diwakili oleh calon dari Amanah, UMNO dan PKR.

Dari situ mereka menuju ke Dewan Dato’ Ahmad Razali, iaitu pusat penamaan calon bagi Bukit Antarabangsa dan Lembah Jaya. Kedua-dua kerusi itu diwakili oleh PKR dari PH.

Hari mengundi PRN Selangor dan lima negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan diadakan serentak pada 12 Ogos.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top