Pemimpin BN Sabah Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Perdana Menteri

Pemimpin-BN-DSAI.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan beberapa pemimpin BN/Umno negeri telah mengadakan kunjungan hormat ke atas perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada Rabu.

Dalam hantaran di Facebook, Bung berkata dalam pertemuan berkenaan beliau dan perdana menteri membincangkan isu semasa dan pembangunan serta hala tuju negeri Sabah.

Bung bersama perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pertemuan di Putrajaya pada Rabu (Foto: Facebook)

“BN Sabah yakin PM ke-10 akan dapat membangun negara dan rakyat dengan jayanya,” kata Bung.

Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah bekas Ketua Menteri Sabah yang juga ADUN Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Ariffin dan Timbalan Pengerusi,  JUARA UMNO
Sabah Datuk Mohd Rafi Ali Hasan.

Pada Ahad, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor dan Presiden Warisan Shafie Apdal turut menemui Anwar secara berasingan di pejabatnya di Putrajaya sebagai menyatakan sokongan terhadap kerajaan perpaduannya.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Abang Johari Openg turut menemui Anwar sehari sebelumnya.

Selain Pakatan Harapan, kerajaan perpaduan Anwar merangkumi BN, GRS dan GPS, selain mendapat sokongan Ahli-ahli Parlimen Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan dua wakil Bebas.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top