Pemimpin akar umbi UMNO digesa teruskan strategi sampaikan info berkesan

Umno-beaufort.jpg

Awang Aslee menyampaikan cendera kenangan kepada Mohd Rafi selepas majlis tersebut.

Kongsi Bersama

BEAUFORT: Ahli-ahli parti di peringkat akar umbi memerlukan informasi tepat dan maklumat yang terkini terutama perkara yang berkaitan isu-isu semasa.

Ketua UMNO bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata ia penting agar ahli UMNO sentiasa cakna dan secara langsung dapat mempertahankan dan memperkuatkan parti selain mencegah mereka dipengaruhi dan terpengaruh dengan pelbagai persepsi, propaganda dan fitnah yang dimainkan oleh parti lawan untuk meraih sokongan.

“Kita maklum pihak lawan ketika ini aktif menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan terutamanya media baharu bagi mewujudkan pelbagai persepsi negatif kepada UMNO/BN dengan harapan dapat menutup kegagalan mereka mentadbir dan membangunkan Sabah dan menyifatkannya sebagai masalah yang diwarisi dari UMNO/BN,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Jelajah Penerangan UMNO Malaysia di Parlimen Beaufort bertempat di Dewan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), dekat sini pada sabtu lepas.

Hadir sama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Paduka Mohd Rafi Ali Hassan selaku penceramah program tersebut, Ahli Parlimen Beaufort yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Siti Aminah Aching, Timbalan Ketua UMNO bahagian Haji Jaluddin Hj.Kadir, Setiausaha UMNO bahagian Abdul Rahman Mohd Taib dan Ketua Penerangan UMNO bahagian Beaufort Awang Damit@Handraf Jion.

Sehubungan itu Awang Aslee berharap mereka yang berpeluang menghadiri program tersebut agar dapat menyebarluaskan segala maklumat kepada ahli di peringkat akar umbi.

“Saya kagum semangat ahli-ahli yang hadir menyertai program ini, yang menunjukkan kesungguhan bagaimana mereka cuba untuk pastikan maklumat yang diterima pada hari ini yang disampaikan semua penceramah dan input yang telah diberikan dapat diturunkan kepada keseluruhan ahli di peringkat cawangan dan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya lagi.

Sementara itu Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO bahagian Labuan dalam ceramahnya berkata Program Jelajah Penerangan UMNO Malaysia yang digerakkan ke bahagian-bahagian seluruh negara adalah pendekatan yang sangat bermanfaat dalam strategi menyampaikan informasi yang bukan saja efisyen dan praktikal tetapi juga memberi kesan.

Katanya, pendekatan dan method baharu ini bukan saja menerangkan penggunaan media sosial yang biasa bahkan dari sudut memanfaatkan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan atau AI (artificial intelligence) dan sebagainya.

“ Kita juga ada majlis dialog bagi memberi pencerahan untuk manfaat kepimpinan di peringkat cawangan khususnya penerangan bagi menyampaikan maklumat kepada anggota akar umbi. Ini kerana khalayak yang memenuhi dewan dapat bertanyakan pelbagai soalan secara terus,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top