Pemimpin, Ahli Warisan Penampang Keluar Parti, Sertai KDM

keluar-warisan.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG: Sekumpulan pemimpin dan ahli parti Warisan bahagian Penampang bertindak keluar dari parti itu kelmarin dan  menyertai Parti Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat Sabah (KDM) yang ditubuhkan oleh Datuk Peter Anthony pada Februari.

Kumpulan itu yang diketuai oleh mantan Ketua Wanita Warisan Bahagian Penampang, yang juga mantan Timbalan Ketua Wanita Warisan Pusat, Mary Juney George.

Dalam sidang media yang diadakan, Mary berkata, turut bersama beliau meninggalkan Warisan ialah mantan-mantan yang pernah menjawat pelbagai jawatan dalam parti itu di peringkat pusat, bahagian dan cawangan.

“Saya bersama rakan-rakan ingin mengisytiharkan pada hari ini 5 Mac 2022 bahawa kami meletakkan keahlian kami sebagai ahli Parti Warisan Sabah dan mengumumkan untuk menyertai Parti KDM yang dipimpin oleh presidennya, Datuk Peter Anthony,” kata Mary dalam sidang media itu.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top