Pemilik Premis Perniagaan Di Kawasan Capaian Internet Luas Diwajibkan Guna MySejahtera

my-sejahtera.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pemilik premis perniagaan diingatkan bahawa penggunaan aplikasi Mysejahtera diwajibkan di kawasan capaian internet yang luas.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pengecualian diberikan bagi kawasan yang tidak mempunyai capaian internet khususnya di kawasan kampung dan pedalaman.

Katanya, pemegang lesen dan pemilik premis diwajibkan menyediakan kemudahan QR code MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.

“Suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius serta tidak memakai pelitup muka adalah tidak dibenarkan memasuki premis.

“Pemilik premis juga hendaklah memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal 1 meter.

“Pemilik premis perlu menyediakan hand sanitizer atau tempat mencuci tangan,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam kenyataan medianya pada Ahad.

Katanya, had bilangan pengunjung adalah 50% kapasiti ruang bagi pusat membeli belah (mall), hypermarket, supermarket, mini market, kedai runcit dan sebagainya.

Peraturan ini berkuatkuasa serta-merta dan akan dikuatkuasakan oleh semua agensi penguatkuasa, katanya, sambil menambah kegagalan pematuhan peraturan ini boleh menyebabkan pemilik premis dikompaun.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top