Pemilihan USIA: Sapawi, Abd Hakim, Jamawi, Aminah kekal jawatan

sapawi-n-jamawi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Datuk Sapawi Ahmad berjaya mengekalkan jawatan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang disandangnya selepas sekali lagi dipilih menduduki jawatan itu untuk penggal kedua bagi tempoh 2025 – 2027.

Sapawi memperoleh 192 undi, menewaskan pencabarnya Dato Hj Mohammad Yusof Apdal yang memperoleh 124 undi. Terdapat enam undi rosak.

Turut mengekalkan jawatan adalah Datuk Abd Hakim Gulam Hasan; Ketua Belia Datuk Jamawi Jaafar dan Ketua Wanita Datuk Siti Aminah Aching.

Pemilihan semula mereka dimuktamadkan pada Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan USIA kali ke-38 yang berakhir di sini kelmarin.

Seramai lima Naib Yang Dipertua bagi penggal baharu itu dipilih oleh perwakilan, mereka ialah Datuk Arshad Idris; Prof Datuk Dr Kasim Md Mansur; Datuk Pg Abd Rahman Muhammad Galpam; Ustazah Rafaeh Md Enarji dan Datuk Pg Saifuddin Pg Tahir.

Sementara itu, 18 Ahli Majlis Tertinggi (AMT) USIA turut dipilih. Mereka terdiri daripada Hajah Zulpah Tun Datu Hj Mustapha, Dr Mechor @ Abdul Halim Juinis, Ahmaddin Hj Mohd Said, Serubih Marimin, Hj Mohd Halikin Angga dan Hajah Nursuhana Abdullah.

Hajah Aisah Saadiah OKK Hj Zainal, Hj Yahya OKK Zainal, Pajudin Hj Nordin, Datu Mazlan Datu Ibrahim, Datuk Dr Hj Mingu Hj Jumaan dan Abidin Darus.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top