Pemilihan UMNO: Surat Didakwa Daripada RoS Tular

surat-RoS.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Tular di media sosial ketika ini surat didakwa daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) supaya dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.

Ia selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada UMNO berhubung usul tiada pertandingan bagi dua jawatan teratas parti berkenaan dalam pemilihan akan datang pada 18 Mac.

Menurut Astro AWANI, surat berkenaan yang disiarkan menerusi laman Facebook Planetmalaya antara lain memaparkan kandungan surat terbabit yang dikatakan keputusan RoS terhadap usul tambahan tersebut.

“Ini adalah surat RoS di mana keputusan usul tambahan Ucapan Dasar Presiden Di Perhimpunan Agung UMNO 2022 jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada penggal pemilihan parti yang akan datang adalah TIDAK SAH,” dakwa planetmalaya.

Surat terbabit turut mengatakan bahawa UMNO hendaklah mengambil tindakan pembetulan dengan tidak mengetepikan Perlembagaan UMNO di bawah Fasal 9.3 dalam pelaksanaan Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO.

Menurut AWANI lagi, pihak telah berhubung dengan pihak UMNO untuk mendapatkan maklum balas berhubung keabsahan kandungan surat ini.

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi platform Astro AWANI.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top