Pemilihan Parti: Jika DAP Boleh Buat, Kenapa UMNO Tak Boleh? – Reezal

reezal.jpg
Kongsi Bersama

BUKIT MERTAJAM: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, menggesa parti itu mengadakan pemilihan sebelum Mei ini bagi menghormati hak demokrasi ahlinya untuk melantik pemegang jawatan.

Katanya, demi semangat demokrasi, pemilihan parti patut diadakan pada Mei kerana tempoh pemegang jawatan akan berakhir ketika itu.

“Ini akan menunjukkan kita mematuhi janji. Marilah kita jadi parti yang mematuhi sistem yang telah kita sendiri wujudkan.

“Walaupun ada peruntukan membolehkan menangguhkan pemilihan, semangat perlembagaan parti untuk mengadakannya setiap tiga tahun sewajarnya dipatuhi, tanpa sebarang penangguhan.

“Jika DAP dan parti lain boleh melakukannya tanpa sebarang penangguhan, maka Umno tiada sebab untuk tidak berbuat demikian, sebagai parti matang yang telah lama berada di medan ini,” katanya dalam satu majlis di UiTM Permatang Pauh.

Reezal sebelum itu merasmikan Hari Guru peringkat Pulau Pinang anjuran jabatan pendidikan negeri, yang mana beliau menyampaikan anugerah kepada guru cemerlang.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top