Pemilihan Bersatu: Ronald Kiandee Menang Besar

kiandee.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memperoleh undi tertinggi dalam pemilihan jawatan naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berlangsung kelmarin.

Beliau dilaporkan mendapat 84 peratus undi iaitu 19,594 daripada 23,438 undi.

Kejayaan itu meletakkan Ketua Bersatu Bahagian Beluran itu kini sebagai salah seorang naib presiden Bersatu. Dua yang lain ialah Dr Radzi Jidin dan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Dua jawatan teratas, presiden dan timbalan presiden dimenangi secara tidak bertanding oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akhbar menyifatkan kemenangan Dr Kiandee sebagai bukti keterbukaan parti itu dan pengiktirafan kepada Bumiputera Bukan-Islam.

“Keputusan pemilihan itu menunjukkan komitmen Bersatu untuk berkhidmat kepada semua Bumiputera tanpa mengira latar belakang etnik, kepercayaan agama dan faktor wilayah,” katanya.

Menurutnya lagi, pemilihan Kiandee, yang datangnya dari komuniti KDM, merupakan gambaran tentang kedudukan Bersatu yang inklusif sebagai platform kepada semua Bumiputera dan rakyat Malaysia umumnya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top