TULID: Ketua Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak kisah Perikatan Nasional mempromosikan pemimpinnya untuk menjadi ketua menteri, tetapi mengingatkan bahawa pada akhirnya pemenang kerusi terbanyak yang akan mengetuai kerajaan.
Sebab itu, katanya, BN tidak pernah mengumumkan calon gabungannya walaupun pada hakikatnya ia bertanding di 31 kerusi.
“Kita tunggu sehingga 26 Sept, tapi terpulanglah kalau parti lain mahu umum,” katanya kepada pemberita semasa berkempen di DUN Tulid hari ini.
“Barangkali mereka punya strategi tersendiri tapi tidak apalah, kami bertegas ketua menteri hanya akan dicalonkan selepas keputusan pilihan raya nanti,” tambahnya, ketika mengulas sokongan Perikatan Nasional kepada ketua PPBM Sabah sebagai ketua menteri.
PN bertanding di 29 kerusi.