JABATAN Pengairan dan Saliran (JPS) merancang untuk mengadakan dialog dengan wakil-wakil dari beberapa kejiranan sekitar Penampang, termasuk Taman Golfview, untuk membincangkan masalah berkaitan usaha berterusan untuk membina semula sebuah parit monsun di kawasan mereka.
Sebahagian dinding konkrit untuk struktur itu didapati runtuh semasa pemeriksaan bersama, antara kakitangan Jabatan dan rakan sejawat dari Majlis Daerah, lebih setahun yang lalu.
JPS mula menggantikan “unit berbentuk L” rosak untuk parit itu dengan cerucuk kepingan pada Mac, selepas menerima cerucuk itu dari Semenanjung Malaysia kerana ia tidak dapat diperolehi di negeri ini.
Selama beberapa bulan selepas itu, pembaikan kerap terganggu disebabkan sekatan yang dikenakan pada kontraktor agensi – apabila Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan – dan cuaca buruk di Ibu Negeri.
Jabatan menganggarkan, awal bulan ini, bahawa kira-kira 15 peratus daripada kerja pembinaan semula itu masih perlu dilakukan.
Bagaimanapun, hujan lebat, yang terus berlaku di daerah ini, telah memburukkan masalah saliran bukan sahaja di Taman Golfview, tetapi juga di Taman Millennium Heights and Golf Garden yang berdekatan.
Air naik hampir ke tebingnya, tetapi mujur, tidak melimpah keluar dari parit itu semasa hujan lebat baru-baru ini.
Bagaimanapun, ketika hujan lebat pada pertengahan September, Taman Golfview dilanda banjir yang digambarkan oleh seorang pemilik rumah sebagai “terburuk” dialaminya sejak dia mula-mula berpindah ke sana lebih satu dekad yang lalu.
Seorang jurucakap JPS berkata Jabatan menyedari rasa tidak puas hati yang disebabkan oleh “penurunan kapasiti” parit monsun tersebut.
Dia berkata Jabatan sedang berusaha untuk mempercepatkan kerja pembinaan semula ini agar struktur itu dapat berfungsi sebagaimana yang patut.
“Dua timbalan pengarah kami sendiri pergi ke tapak pada minggu lepas untuk melihat sejauh mana kerja yang telah dijalankan,” katanya pada 25 Oktober.
“Kontraktor, yang ditugaskan untuk membina semula parit itu, telah mengalihkan pembetung dari satu bahagian struktur itu agar satu ‘lintasan’ sementara dapat dibina.
“Dia mahu memanfaatkan sepenuhnya cuaca panas yang KK alami kebelakangan ini, agar jentera yang diperlukan dapat dibawa dengan selamat menyeberangi lebar parit itu untuk menutup dinding di sebelah sini dengan konkrit.”
Baca seterusnya di HARIAN EKSPRES