Pembinaan jambatan Labuan-Sabah disokong, perlu kajian menyeluruh – PM

PM-Labuan.jpg

Anwar (kiri) ketika melawat Terminal Feri Roll-on Roll-off di Labuan pada Jumaat. (Kredit foto: Berita RTM)

Kongsi Bersama

LABUAN: Cadangan pembinaan jambatan bagi menghubungkan Pulau Labuan dan tanah besar Sabah disokong oleh Kerajaan Persektuan dan ia memerlukan kajian menyeluruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kajian teknikal sedia ada berhubung cadangan berkenaan perlu dikemas kini untuk memberikan gambaran sebenar mengenai keadaan semasa.

“Pembinaan jambatan ini adalah sebuah projek mega yang memerlukan persiapan rapi… saya telah dimaklumkan bahawa terdapat kajian teknikal yang boleh digunakan sebagai garis panduan.

“Bagaimanapun, pakar telah menyatakan bahawa kajian itu tidak boleh digunakan secara keseluruhan dan perlu ditambah baik serta disesuaikan dengan keadaan semasa,” katanya kepada pemberita selepas melawat Terminal Feri Roll-on Roll-off di sini pada Jumaat.

Tambah Anwar, perkara itu akan dibawa ke persidangan Jemaah Menteri akan datang.

Terdahulu, Perdana Menteri mendengar taklimat mengenai Pembuktian Konsep (POC) Bandar Pintar Labuan di Wisma Perbadanan Labuan iaitu sebuah projek rintis yang dikuasakan oleh teknologi 5.5G di rantau ASEAN.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top