Pembinaan Dua Jalan Raya Bakal Ledakkan Ekonomi Tongod

masiung-2.jpg

Masiung (kiri) bersama Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Azhar Kassim, melepaskan anak benih ikan sebagai simbolik pelancaran Tagal Tradisi di Kg Entilinon Asal.

Kongsi Bersama

TONGOD: Penantian lebih 50 tahun penduduk kawasan Kuamut memiliki dua projek jalan raya merentasi Pantai Timur – Pedalaman menerusi daerah Tongod bakal menjadi kenyataan dalam tempoh kurang dari lima tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, gabungan kedua-dua rangkaian jalan raya berturap itu melibatkan jarak keseluruhan sejauh 102 kilomiter.

Katanya, jalan raya menghubungkan Linyukan Tongod dan Sinaran di Keningau sejauh 55 kilometer dan bernilai RM320 juta, manakala satu lagi jalan baharu dari Kampung Imbak ke Pusat Peranginan Tropika di Imbak Canyon pula sejauh 47 kilometer dan menelan belanja RM300 juta.

Masiung berkata, fasa pertama jalan raya menghubungkan Linyukan, Tongod dan Sinaran, Keningau kini sudahpun mula dilaksanakan, sementara jalan raya daripada Imbak ke Imbak Canyon dijangka bermula awal tahun depan.

“Kedua-dua projek jalan raya ini bakal membawa ledakan ekonomi penduduk termasuk kemunculan pekan baharu yang menjadi mercu tanda daerah Tongod, ” jelas beliau.

Katanya, paling ketara jajaran jalan raya ini nanti akan memberi nafas baharu kepada industri pelancongan.

“Ia merupakan berita baik kepada pengusaha pusat peranginan hutan tropika terkemuka iaitu Imbak Canyon,” ujarnya.

Menurut Masiung, pembinaan jalan raya itu merupakan impian yang bakal memberi kemudahan pergerakan penduduk dari Tongod ke ibu negeri dengan lebih jarak dekat menerusi Pensiangan dan Keningau.

“Laluan ini bukan sahaja membuka akses perhubungan darat tetapi mewujudkan banyak peluang ekonomi kepada penduduk setempat setiap kawasan laluannya,” katanya.

Terdahulu, Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), melancarkan program Tagal Tradisi anjuran Jabatan Perikanan Sabah dan lapan jawatankuasa tagal di Kampung Entilibon Asal, di sini kelmarin. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top