Pemberian Geran Kepada Agensi Persekutuan: Azis Putarbelitkan Fakta, Kata Nizam

NIZAM-AZIS.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU:  Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk  Nizam Abu Bakar Titingan, membidas kenyataan Ketua Pemuda Warisan Datuk Azis Jamman berhubung penyerahan geran kepada agensi-agensi persekutuan bagi tujuan pembangunan infrastruktur di Sabah.

Menurut Nizam Azis cuba mengelirukan orang ramai berhubung isu itu dan “dengan sengaja” berusaha mempolitikkan isu tersebut.

“Azis mengetahui sebahagian besar hak milik tanah diserahkan kepada agensi persekutuan pada 18 Feb sudah dibangunkan, dengan kemudahan awam sedia ada. Sebaliknya, dia memilih untuk memutarbelitkan fakta,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, mengenai dakwaan  Azis bahawa kerajaan pimpinan Warisan sebelum ini memberikan hak milik tanah lebih dari 4,000 hektar kepada penduduk kampung, Nizam yang juga Ketua PPBM Tawau dan ADUN Apas berkata, parti itu berusaha mendapat nama daripada pencapaian kerajaan (BN) sebelumnya.

“Hakikatnya hak milik tanah itu diukur dan dipersetujui oleh kerajaan pimpinan BN dan Azis tahu tempoh diperlukan untuk memproses permohonan ini sangat lama. Oleh itu, hak milik hanya siap dikeluarkan sekitar 2019 hingga 2020”.

Beliau berkata, ia sesuatu yang memalukan apabila Aziz dan Warisan berulang kali berusaha mendapatkan kredit atas perkara itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top