Pembentukan Majlis Presiden: Pemimpin Sarawak Sambut Baik

PBS-SUPP.jpg
Kongsi Bersama

KUCHING: Pemimpin politik Sarawak menyambut baik pembentukan majlis presiden membabitkan parti dalam kerajaan persekutuan.

Naib Presiden PBB, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (gambar, kiri), berkata ia merupakan idea yang baik sebagai platform bagi pemimpin setiap parti membincangkan dan menyelesaikan isu kritikal yang memberi kesan ke atas negara

“Perikatan Nasional (PN) adalah gabungan longgar, justeru kewujudan platform sedemikian membolehkan kami duduk dan membincangkan langkah ke hadapan bersama-sama,” katanya kepada pemberita hari ini.

Karim tidak hadir dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi, tetapi dimaklumkan tidak ada piagam atau perjanjian rasmi yang ditandatangani.

“Jadi bagi saya, ia langkah baik selagi kita tidak menikam belakang satu sama lain,” katanya.

Beliau mengulas keputusan mewujudkan majlis presiden melibatkan parti komponen PN, Barisan Nasional (BN), dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dalam pada itu, Setiausaha Agung SUPP, Datuk Sebastian Ting (gambar, kanan), berkata majlis presiden akan membolehkan pemimpin dan presiden parti politik yang kini tidak berada dalam Jemaah Menteri persekutuan menyertai mesyuarat dan perbincangan yang diadakan.

“Ini akan menjamin kestabilan politik negara dan membantu kita memberi tumpuan kepada rakyat dan ekonomi yang terkesan oleh wabak Covid-19.

“Kita bercakap tentang isu sehari-hari yang dihadapi oleh rakyat. Kita perlukan kerajaan yang stabil untuk menyelesaikannya,” kata beliau.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top