Pembenihan awan di Sabah mulai esok

pembenihan-awan.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilaksanakan mulai esok (Khamis) hingga Sabtu ini di kawasan yang terjejas akibat cuaca panas di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, cadangan mengenai tempoh pelaksanaan OPA itu dbuat oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Kos untuk pembenihan awan akan ditanggung sepenuhnya oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan MetMalaysia telah bersetuju menyediakan sumber manusia serta bantuan teknikal untuk tujuan itu,” katanya.

Menurut Hajiji, OPA akan dilakukan berdasarkan ramalan atmosfera awan yang sesuai untuk menghasilkan hujan jika pembenihan dilakukan.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Menara Kinabalu di sini pada Rabu.

Sementara itu BHarian melaporkan NADMA akan melaksanakan OPA di Sabah esok membabitkan kawasan yang terjejas akibat kemarau.

Laporan itu memetik NADMA sebagai berkata, OPA itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Katanya, OPA di Sabah ialah satu ikhtiar untuk mengurangkan kesan kemarau dan juga kekurangan air di beberapa kawasan terbabit.

“OPA akan dibuat sekitar jam 11 pagi hingga jam 2 petang, bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

“Antara kawasan yang terbabit dengan OPA termasuk Beaufort dan Papar,” katanya kepada BH.

Berdasarkan kemaskini status cuaca panas di laman sesawang METMalaysia setakat kelmarin, daerah Beaufort dan Kota Belud di Sabah antara kawasan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga.

Suhu panas tahap satu merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top