Pembenihan awan di Sabah capai 67% kejayaan selepas dua hari

cloud-seeding.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Operasi pembenihan awan di negeri ini menyaksikan kadar kejayaan 67% dengan sejumlah hujan dilaporkan turun di tiga kawasan sasaran sejak dua hari lepas, demikian menurut laporan yang disediakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Berdasarkan laporan itu operasi pembenihan awan selama tiga hari dari 28-30 Mac, Lahad Datu menerima hujan 26mm pada hari pertama (Khamis) dan tiada hujan pada hari kedua.

Tawau menyaksikan taburan hujan 27mm pada Khamis dan 2mm pada Jumaat manakala hujan 4mm direkodkan bagi Papar pada Jumaat tetapi tiada hujan pada hari sebelumnya.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Sabah, operasi pembenihan awan itu dijalankan dari 11.15 malam hingga 12.45 tengah hari pada 28 Mac dan 11.05 pagi hingga 1.05 tengah hari pada 29 Mac.

Operasi pembenihan awan ketiga dijadualkan pada hari ini (Sabtu).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini berkata, kerajaan negeri berharap operasi pembenihan awan akan meningkatkan kapasiti air di kawasan tadahan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top