Pembangunan Tanah Wisma Kosan: Ellron Sangkal Dakwaan Samuel

ellron.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengerusi Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (Kosan), Datuk Ellron Angin (gambar) menyangkal dakwaan Ketua Cawangan Parti Warisan Sabah (Warisan) bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kosan yang ke-33 pada Ogos 2016 telah meluluskan pembangunan tanah Wisma Kosan di Likas.

“Di dalam kenyataan media saya yang dikeluarkan pada 1 Ogos 2021, saya dengan jelas telah menyatakan bahawa Pembangunan Tanah Wisma Kosan telah dibentangkan dan diluluskan oleh anggota-anggota Kosan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-34 yang telah diadakan pada 19 Ogos 2017.

“Kenyataan media saya tersebut juga telah dilaporkan oleh Daily Express di bawah artikel yang bertajuk “Kosan land for mixed development” bertarikh 2 Ogos 2021.

“Oleh yang demikian, kenyataan Samuel Wong bahawa saya ‘membohong’ atau ‘telah diperdayakan’ oleh ahli Lembaga Kosan adalah tidak benar sama sekali.

“Saya menasihati Samuel Wong untuk memeriksa dan mengesahkan dahulu kenyataan media saya sebelum membuat apa-apa kenyataan,” kata Ellron dalam kenyataan media pada Selasa.

Beliau merujuk kepada artikel Daily Express bertajuk “Sabah DAP told to clear the air” pada tarikh 3 Ogos 2021 di mana telah dilaporkan seperti berikut:

“Meanwhile, Parti Warisan Kota Kinabalu branch Chief Samuel Wong claims Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (Kosan) Chairman Ellron was misled by certain people in the organization, resulting in him issuing ‘a misleading statement’ regarding Kosan’s 2016 Annual General Meeting (AGM).

Failing which, a legal challenge would be mounted in court to reveal more facts and details, he said.

On Sunday, Ellron claimed that Kosan’s 33rd AGM in August 2016 approved development plans to Wisma Kosan’s land in Likas. But Wong claims this is untrue. “Either Ellron lied, or he was misled by certain board members of Kosan,” he said.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Kosan menyangkal dakwaan penyewa Wisma Kosan di Likas yang mengatakan pengosongan bangunan tersebut dibuat secara tergesa-gesa.

Ellron berkata, sebenarnya penyewa-penyewa tersebut telah dimaklumkan melalui surat bertarikh 14 Mac 2019 lagi.

Bermakna surat pengosongan bangunan dikeluarkan di masa pemerintahan kerajaan Warisan Plus.

Dan jangkamasa pengosongan adalah selama tiga bulan, tambahnya dalam kenyataan hari ini.

“Walaubagaimanapun, kebanyakan penyewa telah memohon kepada Kosan agar tempoh pengosongan dilanjutkan sehingga Disember 2019 dan ianya dipersetujui.

“Dalam jangka waktu ini, penyewa-penyewa telah diberikan masa yang mencukupi untuk mengosongkan bangunan.

“Namun, memandangkan penularan Covid-19, maka pengosongan tidak berjalan lancar yang melibatkan sebilangan kecil sahaja penyewa yang masih berada dibangunan tersebut sehinggalah tarikh akhir pengosongan pada 24 Julai 2021,” jelasnya.

 

Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata Kosan, dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30, yang telah diadakan pada 29 Jun 2013, telah meluluskan cadangan untuk membangunkan tanah-tanah milik Kosan.

Selaras dengan itu, bagi pembangunan tanah Wisma Kosan, Likas ianya telah ditandatangani pada 24 Ogos 2015.

Katanya, pembangunan tanah Wisma Kosan, Likas dimana terletaknya Wisma Kosan, adalah tanah yang dimiliki oleh Kosan sendiri dan bukan lah tanah Kerajaan.

“Dengan pembangunan ini akan memberi manfaat dan keuntungan kepada anggota-anggota Kosan serta rakyat Negeri Sabah dimana bangunan yang akan dibangunkan mengandungi “apartment” mampu milik, ruang pejabat serta lot-lot kedai.

“Pembangunan Tanah Wisma Kosan Likas, ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan oleh anggota-anggota Kosan didalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke 34, yang telah diadakan pada 19 Ogos 2017,” ujarnya.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top