Pembangunan Semenanjung Dan Sabah, Sarawak Perlu Seimbang – PAS Sabah

aliakbar-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Keseimbangan pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung perlu dilaksanakan dengan adil dan saksama selain perlu dipercepatkan, kata Setiausaha PAS Sabah Aliakbar Gulasan.

Kata beliau, walaupun belum ada sebarang keputusan rasmi mengenai pertukaran Sabah dan Sarawak sebagai wilayah, beliau tetap yakin perkara itu akan memperoleh keputusan positif.

“Keseimbangan pembangunan antara wilayah mesti lebih adil dan saksama. Secara umumnya pembangunan infrastruktur Sabah dan Sarawak mesti ditambahbaik dan pembangunan ekonomi mesti dipercepatkan,” kata beliau dalam kenyataan.

Aliakbar berkata, kerajaan persekutuan pimpinan Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan negeri yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai aliran dan matlamat yang sama, iaitu sentiasa mengutamakan pembangunan negeri dan rakyat Sabah.

“Saya yakin rakyat Sabah sentiasa menantikan apa sahaja keputusan bersama bagi mengembalikan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) khususnya berkaitan ekonomi dan politik Sabah.

“Dalam konteks Sabah, pelancaran Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya merupakan antara langkah terbaik kerajaan GRS memacu pembangunan dan sosioekonomi masyarakat Sabah,” katanya. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top