Pembangkang Kecewa Lagi, Belanjawan 2021 Lulus!

dewan.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Hasrat sekumpulan ahli politik untuk melihat kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang melalui penolalan Belanjawan 2021 nampaknya sekali lagi tidak kesampaian apabila Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 selepas bacaan ketiga.

Ia dijalankan melalui undi belah bahagi dengan 111 ahli parlimen menyokong, dan 108 ahli parlimen menentang, dengan seorang lagi tidak hadir.

Undi belah bahagi pada peringkat jawatankuasa sebelum itu juga berakhir dengan 111-108, dengan satu ahli parlimen tidak hadir.

Ahli Parlimen yang tidak hadir itu dipercayai adalah Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).

Rang undang-undang Perbekalan itu kini akan dibentangkan di Dewan Negara untuk dibahaskan dan diundi.

Dewan Rakyat kini mempunyai 220 anggota berikutan kematian dua Ahli Parlimen (Gerik dan Batu Sapi). Oleh itu, 111 undi adalah diperlukan untuk majoriti mudah.

Sebelum ini, Dewan Rakyat juga meluluskan peruntukkan Kementerian Pendidikan, dan Kementerian Pendidikan Tinggi dengan undi suara.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top