Pembahagian Kerusi Bukan Sesuatu Yang Rumit Antara GRS, PH – Masidi

masidi.jpg

Kredit foto: BERNAMA

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Isu pembahagian kerusi bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang bukanlah sesuatu yang rumit di antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Jelas beliau, apa yang utama adalah lebih kepada memenuhi citarasa dan juga hasrat bagi setiap komponen dalam GRS itu sendiri.

“Kita penuh yakin, isu pembahagian kerusi ini bukan sesuatu yang rumit di antara GRS dan PH, tapi lebih kepada memenuhi citarasa dan juga hasrat bagi setiap komponen dalam GRS itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Grand Opening Bawal Ratu Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Dalam pada itu Masidi berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menyatakan lebih awal bahawa sebarang perbincangan akan dibuat bila PRN tiba atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

“Bagi kita, tidak ada keperluan untuk kita percepatkan kerana, setakat ini pun terdapat persefahaman dan juga kerjasama yang cukup erat di antara GRS dan PH,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai perisian mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) GRS semalam, Masidi berkata, pihaknya telah membentuk beberapa jawatankuasa khusus bagi memastikan gabungan itu bersedia menghadapi PRN yang mungkin akan diadakan bila-bila masa.

“Sebenarnya saya telah dilantik untuk membentuk satu jawatankuasa lebih sebagai satu konsultasi di kalangan pemimpin-pemimpin parti komponen yang lain untuk melihat secara kasar mana kerusi-kerusi yang mungkin sesuai untuk setiap parti,” ulas beliau.

— Mirlen Axtius/Penerangan Gagasan Rakyar

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top