Pemandu maut treler terbabas langgar tebing di Tamparuli

treler-xcident.jpg

Keadaan treler yang terbabas lalu melanggar tebing bukit dan mengorbankan pemandunya di Kampung Kelawat, Tamparuli malam tadi. (Gambar ihsan JBPM)

Kongsi Bersama

TAMPARULI: Seorang pemandu treler maut apabila kenderaan dipandunya terbabas sebelum melanggar tebing bukit di Kampung Kelawat, Tamparuli malam tadi.

Menurut Harian Metro, mangsa Raimon Wadang, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.46 malam.

Sepasukan anggota termasuk pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) seterusnya digerakkan ke lokasi kejadian di Jalan Tamparuli, kira-kira 40km dari balai.

“Laporan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah treler terbabas sendiri lalu merempuh tebing bukit.

“Terdapat seorang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 9.20 malam,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top