Pemancing dilaporkan hilang

jumat-tak-balik.jpg

Anggota pasukan keselamatan dan agensi penyelamat mengatur gerakan mencari Jumat Abdul Rahim. - Foto ihsan bomba

Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar memancing bersendirian di perairan Tanjung Labian, di sini kelmarin.

Jumat Abdul Rahim, 32, dikatakan keluar jam 5 petang semalam dan disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah sebelum keluarganya menghubungi pihak berkuasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, memaklumkan pihaknya dimaklumkan mengenai kes itu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang turut memohon bantuan.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dihantar ke lokasi kejadian jam 10.16 pagi.

“Setiba di lokasi, pasukan bomba membuka Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bersama agensi lain, iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin (PPM).

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan, namun mangsa masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, SAR ditangguh pada jam 5.30 petang dan akan disambung semula pagi ini.

“Operasi SAR disambung pagi esok kerana cuaca kurang baik dan laut bergelora. Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Sumber: BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top