Pemalsuan Cukai Sawit, Dua Penjawat Awam Ditahan SPRM

sprm.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua individu yang terlibat dengan kegiatan meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000.

Menurut sumber kedua-dua individu yang juga pegawai kanan di sebuah jabatan dan pesara kerajaan itu didakwa menerima rasuah terbabit daripada sebuah syarikat kilang sawit sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Katanya tindakan kedua-dua suspek itu  menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada Kerajaan Negeri Sabah.

“Suspek ditahan pada jam 11 pagi ketika hadir di pejabat SPRM Sabah semalam,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Permohonan reman bagi suspek dijangka akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat berhubung kes ini,” katanya.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top