Pemain Industri Kini Boleh Dapatkan Kit Ujian Rapid Antigen

joachim1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengusaha sektor perindustrian digalakkan untuk mendapatkan kit ujian Rapid Antigen untuk membuat saringan COVID-19 terhadap pekerja masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Joachim Gunsala berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia juga bersetuju dengan pendekatan itu dan keputusan ujian itu akan terus dikemas kini dalam aplikasi MySejahtera.

“Ujian itu boleh dilakukan sendiri di tempat kerja dan pada bila-bila masa,” katanya dalam satu kenyataan selepas menerima taklimat daripada Hazeldazzel Resources (Sabah) Sdn. Bhd iaitu pengeluar tunggal Salixium Rapid Antigen Test, hari ini.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Thomas Logijin serta beberapa dewan perniagaan di  negeri ini.

Taklimat berkenaan diadakan selama satu jam dan disampaikan oleh Pegawai Pemasaran syarikat berkenaan Shah Fareed Sham. – Utusan Borneo

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top