KOTA KINABALU: Anak jati Sabah, Clinton Tham Vun Khee,28, mengharumkan nama negara dalam bidang seni lukis dengan penyertaannya dalam pameran lukisan bertaraf dunia.
Graduan Ijazah Sarjana Arkitek di Eropah yang berasal dari Kota Belud ini berjaya dipilih menyertai pameran lukisan bertaraf dunia dan memenangi beberapa pertandingan melukis water colour peringkat antarabangsa.
Menerusi karya lukisan berjudul “Swan of Prague”, beliau muncul buat pertama kali dalam The 20th International Watercolor Exhibition di Jepun anjuran Japan International Watercolor Institute pada 2020.
Pada 2021, karyanya yang berjudul “Hakone” sekali lagi dipilih menyertai The 21st International Watercolor Exhibition yang bertempat di Niigata, Jepun.
Selain itu, dua hasil karyanya yang berjudul “Bratislava Street” dan “Neighbourhood” pula telah berjaya dipilih oleh juri terkemuka dunia untuk menyertai pameran antarabangsa The 4th International Watercolor Festival Castra 2021 Exhibition di Slovenia anjuran galeri terkemuka dunia Slovenia Lokarjeva Gallery.
Baca seterusnya di Borneo Today