Pelonggaran SOP: SSK Sokong Tindakan Ketua Menteri

ssk.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (SSK) menyokong penuh tindakan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Kerajaan Negeri Sabah untuk melaksanakan pelonggaran SOP di negeri ini.

Menurut beliau, tindakan itu bukan sahaja wajar dihormati oleh Kerajaan Pusat tetapi juga harus diberikan kerjasama.

“Kita harus faham bahawa sekarang ini kita berada dalam Pelan Pemulihan Negara, bukannya lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

“Oleh itu seharusnya tumpuan diberikan kepada usaha pemulihan Sabah dengan penyesuaian SOP mengikut situasi terkini,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Salleh, yang juga ADUN Usukan, percaya Kerajaan Negeri telah mengambil kira dan mempertimbangkan semua faktor sebelum mengumumkan pelonggaran SOP tersebut.

“Atas sebab itu Kerajaan Persekutuan patut menghormati keputusan itu dan memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Sabah,” tegasnya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top