Pelik, Pembangkang Mahu Lengahkan PRN Sarawak – Abang Johari

abang-johari.jpg
Kongsi Bersama

Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan rasa pelik beliau terhadap sikap parti pembangkang di negeri ini yang mahu melengah-lengahkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata PRN Sarawak perlu dilaksanakan bagi mendapatkan mandat yang sah daripada rakyat.

Semua rakyat Sarawak perlu memberikan peluang kepada GPS untuk terus mentadbir negeri ini bagi menyambung segala projek pembangunan yang telah dirancang, katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat di Bintulu malam ini.

“Belum habis lagi kerja kita (GPS). Beri saya mandat…saya akan berjuang bagi mendapatkan hak-hak Sarawak. Jika tiada mandat dari rakyat, saya hendak berjuang atas apa?,” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sepatutnya terbubar pada 7 Jun lepas selepas cukup lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya diadakan.

Namun ia ditangguhkan susulan proklamasi darurat di Sarawak oleh Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bermula dari 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022 berikutan ancaman pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, Seri Paduka Baginda berkenan menamatkan proklamasi darurat itu pada 3 Nov lepas sekali gus menyaksikan DUN Sarawak terbubar bagi memberi laluan kepada PRN Sarawak ke-12 – Bernama


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top