Pelihara Nilai Perpaduan, Hargai Nikmat Keharmonian – Robert

robert.jpg
Kongsi Bersama

Sambutan Pesta Kaamatan Kampung Tagai telah diadakan buat kali yang pertama selepas negara dilanda wabak Covid-19.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik berkata, beliau berasa gembira kerana dapat turun padang untuk bersama-sama dengan rakyat, terutama seluruh warga di kawasan DUN Bingkor dan warga Kg. Tagai khususnya kepada masyarakat Kadazandusun dan Murut.

“Syabas sekali lagi saya ucapkan kepada kepimpinan yang ada di kalangan penduduk kampung di sini kerana terus memelihara tradisi dan keunikan Tadau Kaamatan yang kita rayakan pada setiap tahun.

“Sebagai pemimpin, kesempatan ini memberi saya ruang untuk beramah mesra dengan rakyat, dalam suasana perayaan dan menghargai sokongan padu dan kesetiaan mereka selaras dengan hasrat pucuk pimpinan khususnya, YAB Perdana Menteri untuk saya dan seluruh golongan pemimpin agar sentiasa turun padang, mendekati dan merasai denyutan nadi rakyat.

“Inilah budaya kerja para pemimpin kerajaan kita yang sentiasa bekerja dan berkhidmat untuk rakyat,”jelasnya lagi.

Sebagai contoh, nilai-nilai kesatuan dalam kepelbagaian atau unity in diversity begitu terserlah dalam kalangan kita, sehinggakan orang-orang yang berasal dari negeri lain, telah mengiktiraf Sabah sebagai contoh terbaik bagi kehidupan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan yang bersatu padu pada semua golongan rakyat.

Justeru, Robert yang juga merupakan ADUN N.40 Bingkor berkata sambutan Kaamatan merupakan sebagai tanda kesyukuran para petani, terutama dalam kalangan masyarakat Kadazandusun dan Murut terhadap hasil tuaian mereka.

“Kesempatan ini juga dimanfaatkan untuk kita sama-sama bersyukur, menghargai dan memelihara nikmat perpaduan dan keharmonian kaum dan agama,”uajar beliau ketika merasmikan Sambutan Tadau Kaamatan Anjuran bersama PDM SK. Liau dan Kampung Tagai 2023.

Dalam pada itu, Robert berharap kepada masyarakat agar jangan mudah terpedaya dan terpengaruh dengan tindakan pihak-pihak tertentu, lebih-lebih lagi hasutan dan berita- berita yang tidak sahih daripada media sosial yang sukar dikawal pada masa ini kerana perkara sebegini membawa kepada perbalahan.

Tambahnya, semoga semangat kerjasama dan komitmen seperti ini akan terus dibudayakan dan diperkukuhkan lagi pada masa-masa yang akan datang. – SABAHitz On9 TV

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top