Pelbagai Usaha Rangsang Industri Seni, Pelancongan Sabah – Nancy

Nancy-Shukri-SICC-22Apr2021-FMT.7.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengusaha pelancongan di Sabah yang terjejas akibat Covid-19 sejak tahun lalu dijangka kembali sibuk tidak lama lagi.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementeriannya memohon RM80 juta daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk kampung budaya pertama di Sabah dibina di Papar.

Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu EPU meluluskan peruntukan itu bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Sejak tahun lalu, kementeriannya memperuntukkan hampir RM30 juta untuk menyenggara dan membangunkan destinasi pelancongan di Sabah, kata beliau.

Kementerian itu turut melancarkan program Jejak Seni Malaysia – Sabah, pemetaan ekosistem untuk meningkatkan industri kesenian.

Nancy berkata, 59 lokasi strategik dikenal pasti setakat ini untuk mempromosikan seni visual Sabah, termasuk 24 jalan dipenuhi mural dinding berwarna-warni yang dilukis komuniti seni, galeri, sekolah dan kedai tatu.

“Ia sebahagian daripada rancangan pemulihan untuk memperluas dan menjana ekonomi di Sabah dalam tempoh sukar ini.

“Ia juga sebahagian daripada kerja menaik taraf sementara menunggu pelancong kembali,” kata beliau selepas pelancaran program itu.

Nancy turut menyaksikan majlis menandatangan memorandum persefahaman antara kementeriannya dan Universiti Malaysia Sabah untuk membuka sebuah galeri seni sehenti bagi mempromosikan seni dan budaya di negeri itu.

Galeri berharga RM15 juta itu disumbang ahli perniagaan, Azman Hashim, dan akan dijadikan pusat pameran seni.

Nancy turut menemui ejen dan pihak berkepentingan dalam industri pelancongan Sabah yang menyuarakan kebimbangan berhubung kelangsungan hidup mereka, dan menjelaskan bagaimana mereka boleh memanfaatkan Dasar Pelancongan Negara 2020-2030.

Beliau turut meminta pihak berkepentingan dalam industri pelancongan Sabah untuk memohon cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan bagi penginapan hotel sehingga 31 Dis.

Katanya, pengusaha pawagam dan spa pula dibenarkan menangguh pembayaran cukai pendapatan bulanan untuk tempoh dari 1 April hingga 31 Dis.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top