Pelbagai Acara Sempena Sambut Tahun Baharu Di Tawau

IMG_20211229_125202.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Pusat Khimat Rakyat Parlimen Tawau akan mengadakan program menyambut Tahun Baharu 2022.

Naib Ketua Pegawai Perhubungan Pusat berkenaan Ariffin @ Putra Andon berkata, Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew dijangka turut hadir bersama-sama masyarakat di sini untuk menyertai Program ‘2022 Countdown Cycling Fun Ride’.

Katanya, program itu akan bermula pada jam 7 pagi pada 31 Disember 2021, sementara sambutan Tahun Baharu akan bermula pada 11.59 tengah malam.

“Program pada malam berkenaan akan disusuli dengan persembahan bunga api bagi menandakan Tahun Baharu 2022. Ia akan diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau.

“Program akan dilaksanakan berdasarkan amalan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP). Acara berbasikal juga akan terbuka kepada peserta lelaki, wanita dan belia dari semua peringkat komuniti,” katanya dalam satu kenyataan di sini

Beliau berkata, laluan berbasikal itu adalah sejauh 12 kilometer bermula dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau di Taman Mega Jaya dan berakhir di lokasi sama selepas melalui pusingan U di Jalan Kuhara.

Katanya, kesemua hadiah cabutan bertuah berupa hamper, aksesori basikal dan sebagainya ditaja oleh Christina.

Acara nyanyian juga diadakan sebagai sebahagian daripada persembahan hiburan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top