Pelari 100m wanita paling perlahan

lari-slow.jpg
Kongsi Bersama

Pelari Somalia Nasra Abukar Ali mencatat rekod sebagai pelari paling perlahan bagi acara 100m wanita dalam kejohanan antarabangsa.

Pelajar itu menamatkan perlumbaan dengan catatan 21.81 saat, jauh di belakang pemenangnya Gabriela Mourão dari Brazil yang mencatatkan 11.58 saat.

Kelambatan Nasra dalam perlumbaan di Kejohanan Universiti Dunia di Chengdu, China pada Ogos 2023 itu menjadi tular dan mencetuskan sensasi.

Rakyat Somalia menganggap ia sebagai insiden yang memalukan dan menggesa Kementerian Sukan bertanggungjawab kerana menghantar seorang yang langsung tidak mempunyai bakat berlari menyertai kejohanan antarabangsa seperti itu.

Kerajaan Somolia terpaksa meminta maaf bagi meredakan kemarahan rakyat.

Siasatan yang dijalankan membawa kepada penyingkiran Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia Khadijo Aden Dahir kerana “salah guna kuasa, nepotisme, dan mencemar nama negara”.

Nasra dilaporkan anak saudara Khadijo, dan pelajar berusia 20 tahun itu mengaku dia tidak pernah mengambil bahagian dalam sebarang acara sukan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top