KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Maximus Ongkili mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kerana melantiknya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah berkuat kuasa semalam.
Beliau turut menyifatkan pelantikan itu sebagai satu pengiktirafan buat PBS.
“Saya menggunakan kepakaran dan kebolehan saya untuk memacu Suruhanjaya Tenaga Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Dalam kenyataan yang sama Ongkili menegaskan bahawa Sabah mempunyai kekuatan dan potensi besar dalam sumber tenaga terutama dalam sumber boleh diperbaharui seperti solar, hidro, angin dan biojisim.
“Kami akan memastikan sebarang isu berkaitan ECoS dilaksanakan demi kebaikan rakyat Sabah dan Sabah,” katanya.
Komen