Pelantikan Sangkar Tidak Mungkin Ubah Pengaruh Pakatan di Sabah, Kata Penganalisis

sangkar-rasam.jpg

Dr Sangkar Rasam (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih ketua bahagian yang kurang dikenali untuk mengetuai PKR Sabah tidak mungkin dapat mengubah nasib parti itu di negeri ini.

The Star dalam laporannya memetik penganalisis itu Dr Romzi Ationg sebagai berpandangan bahawa tindakan melantik ahli politik lightweight boleh dilihat sebagai tidak menepati usaha parti itu untuk menjadi kuasa penting dalam politik Sabah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelantikan Datuk Sangkar Rasam sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah.

Romzi yang merupakan pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berpendapat langkah melantik Sangkar, yang merupakan Ketua Cabang PKR Keningau, adalah keputusan strategik pimpinan untuk menarik minat pengundi tempatan, khususnya daripada masyarakat Kadazandusun Murut (KDM).

Dr Romzi

Beliau menambah keputusan itu juga mungkin didorong oleh sentimen yang semakin meningkat di Sabah supaya parti-parti tempatan memainkan lebih banyak peranan utama berbanding rakan Semenanjung mereka.

“Sentimen ini semakin kuat di negeri ini dan mereka memerlukan perubahan kepimpinan, bukan sahaja di peringkat kepimpinan negeri, tetapi juga di banyak ‘cabang’ (bahagian).

“Walaupun ramai berpandangan bahawa tindakan sebegitu (melantik Sangkar mengetuai PKR Sabah) mungkin memberi kesan kepada pengundi KDM, saya secara peribadi tidak yakin dengan hujah sebegitu.

“Ini berikutan sentimen parti tempatan Sabah yang semakin meningkat dan kegagalan parti itu (PKR) menunaikan janji-janji mereka semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“(Jadi) saya tidak fikir pertukaran kepimpinan negeri akan mengubah pengaruh politik Pakatan Harapan di Sabah dengan ketara.

“PKR perlu melakukan lebih banyak lagi untuk mendapatkan sokongan politik yang kuat daripada pengundi Sabah,” kata Romzi, ketika dihubungi oleh akhbar itu pada Rabu (10 Ogos).

Baru-baru ini Anwar telah mengumumkan bahawa Sangkar akan menjadi pengerusi MPN Sabah bagi tempoh 2022-2025, menggantikan Datuk Christina Liew yang memegang jawatan itu sejak Oktober 2016.

Sangkar akan menjalankan tugasnya bersama Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari dan Liew, yang mengekalkan jawatan pengerusi Pakatan Harapan Sabah.

Sangkar pada Disember tahun lalu mengetuai 16 pemimpin cabang PKR negeri dalam menggesa Anwar memecat Liew sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri.

Bercakap bagi pihak 16 pemimpin itu, Sangkar berkata PKR Sabah hanya boleh diperkukuhkan untuk menghadapi PRU15 jika mereka mempunyai pemimpin baharu.

Sementara pensyarah Universiti Teknologi Mara Sabah Tony Paridi Bagang percaya pelantikan Sangkar adalah percubaan parti itu untuk mengemukakan pemimpin baharu di Sabah yang tidak dikaitkan dengan sebarang kontroversi.

Tony Paridi Bagang

“Pendekatan Anwar mungkin dilihat sebagai cubaan untuk meminimumkan atau meneutralkan sebarang beban politik yang dihadapi oleh beberapa pemimpin dalam PKR Sabah.

“Parti berharap ia dapat mengukuhkan diri dan sekali gus mampu memperoleh kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

“Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menyatakan apakah kesan positif ini kepada PKR Sabah,” katanya.

Bagang berkata, langkah untuk mengangkat Sangkar ke jawatan penting itu juga seolah-olah membayangkan beliau mungkin diletakkan sebagai calon sama ada di kerusi pedalaman Keningau atau Pensiangan.

Katanya, PKR berharap dapat memberikan cabaran sengit ke atas kedua-dua kerusi KDM itu yang disandang oleh Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top