Pelantikan Nor Asiah, Noorliza Penghormatan Kepada Kaum Wanita – PITKM

rosimahzakaria.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengerusi Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM), Datuk Rosimah Zakaria menyambut baik pelantikan dua wanita untuk menerajui organisasi penting dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata pelantikan Noorliza Awang Alip sebagai wanita pertama Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Datuk Nor Aisah Mohd Yusof sebagai Peguam Besar Negeri Sabah merupakan satu penghormatan untuk kaum wanita di negeri ini.

“Pelantikan itu adalah satu pengiktirafan dan kepercayaan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji kepada golongan wanita.

“Mereka ini berpengalaman dan memang layak menduduki dan menerajui pentadbiran kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Jelasnya langkah itu akan membuka mata di luar sana terutama sektor korporat untuk lebih banyak membuka peluang kepada wanita dan percaya golongan ini mampu memimpin sesebuah organisasi ke arah yang lebih baik dan meletakkan golongan wanita seiring dengan kaum lelaki.-pr/BNN


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top