Pelantikan JKDM melanggar perlembagaan dan bertentangan dengan MA63 – Ansari

ansari.jpg

Datuk Ansari Abdullah

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Cadangan terbaru untuk menubuhkan JKDM di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini adalah melanggar Perlembagaan dan bertentangan dengan semangat dan teks Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC62) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ujar seorang ahli politik Sabah.

Peguam dan Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Ansari Abdullah berkata sejarah kerajaan tempatan dan pentadbiran di Sabah yang telah melalui beberapa peristiwa penting sejak tamatnya Perang Dunia Kedua seharusnya menjadi rujukan bagi menghormati semangat pejanjian Malaysia 1963(MA63).

Kenyataan beliau telah dipetik oleh akhbar Sabah Media.

Mengungkap balik sejarah, Kerajaan Sivil untuk Borneo Utara, yang kini dikenali sebagai Sabah, telah ditubuhkan semula pada 15 Julai 1946 iaitu selepas penyerahan tentera Jepun. Di bawah North Borneo Cession Order in Council yang diwartakan pada 10 Julai 1946, ianya menjadikan Sabah sebagai “Koloni Borneo Utara,” termasuk Labuan.

Semasa zaman kolonial, Borneo Utara ditadbir oleh Gabenor, dibantu oleh Residen dan Pegawai Daerah. Rangka kerja pentadbiran ini berkembang dengan penggubalan Ordinan Pentadbiran Luar Bandar (cap 132) pada 6 Disember 1951.

Ordinan ini membolehkan penubuhan pihak berkuasa tempatan untuk kawasan bandar dan melantik Ketua-ketua Anak Negeri dan ketua kampung untuk kawasan luar bandar.

Walau bagaimanapun pada tahun 1961 pula , Ordinan Kerajaan Tempatan (Ordinan No. 11 tahun 1961) telah diluluskan, di mana ianya mewujudkan satu undang-undang berasingan bagi pentadbiran bandar dan luar bandar.

Selepas pembentukan Malaysia dibuat, rakyat Sabah kemudiannya telah mengemukakan “20 Perkara” sebagai langkah perlindungan dimana kawalan ke atas kawasan kritikal seperti tanah, perhutanan, dan kerajaan tempatan dikekalkan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

Perlindungan ini dimasukkan ke dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, khususnya dalam Senarai II (Senarai Negeri) perkara 4 dan Senarai IIA (Tambahan kepada Senarai Negeri untuk Negeri Sabah dan Sarawak) perkara 14.

Tambahnya Pada masa kini, pentadbiran luar bandar, termasuk pelantikan ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK), berada di bawah kawalan Pegawai Daerah, Datuk Bandar, Majlis Perbandaran, dan Majlis Daerah.

“Dalam erti kata lain, ia di bawah kawalan dan arahan Kerajaan Negeri Sabah, bukan Kerajaan Persekutuan,” tegas beliau .

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri itu dilaporkan telah menyerahkan watikah pelantikan JKDM kepada Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mewakili 132 pengerusi dan setiausaha jawatankuasa itu dari 66 kampung di Kinabatangan.

Pada Sabtu lalu, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick percaya penubuhan JKDM di Sabah lebih kepada inisiatif parti politik dan tidak melalui wakil rakyat di negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menjelaskan pandangannya yang tidak bersetuju dengan penubuhan JKDM apabila ia dibangkitkan di Kabinet.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Moyog dan Kadamaian tidak dibincangkan penubuhan JKDM.

Dalam pada itu, tambah Ansari lagi, cadangan ini juga dilihat sebagai tidak konsisten dengan janji Kerajaan MADANI untuk melaksanakan perjanjian IGC62/MA63 dan pengembalian kuasa kepada Sabah dan Sarawak.

“Jika dilaksanakan, cadangan ini boleh mengurangkan kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri Sabah,” ujar beliau. – PENERANGAN GAGASAN RAKYAT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top