Pelantikan Ismail Sabri & Hishammuddin Paling Tepat – Hajiji

hajiji.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menzahirkan keyakinan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dapat diperkukuhkan berikutan pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan baharu yang diumumkan semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, berkata ia sekali gus membolehkan negara memberi tumpuan kepada usaha memerangi pandemik COVID-19.

Sambil menyatakan sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan (Luar Negeri), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Hajiji menyifatkan pemilihan mereka sebagai paling tepat.

Katanya, kedua-dua pemimpin UMNO itu sememangnya layak memegang jawatan berkenaan berdasarkan pengalaman luas dalam kementerian kanan yang dipegang mereka sebelum ini.

“Kami percaya pelantikan ini akan mengukuhkan lagi PN dan pada masa sama membolehkan Malaysia memberi tumpuan terhadap usaha memerangi pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Rabu.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top