Pelanggan JPN Sabah Perlu Buat Janji Temu Dalam Talian

JPN-Sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pelanggan yang ingin berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah perlu membuat janji temu secara dalam talian bermula hari ini (Rabu), kata Pengarahnya Khairrul Aminus Kamaruddin.

Beliau berkata pelanggan boleh membuat tempahan slot janji temu melalui laman sesawang JPN di www.jpn.gov.my dan memilih menu sistem MyJanjiTemu.

Katanya sebelum ini, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat, para pelanggan yang ingin berurusan perlu membuat janji temu melalui panggilan telefon.

“Para pelanggan dinasihatkan agar merancang masa dengan baik untuk berurusan di mana-mana pejabat JPN dengan mematuhi prosedur operasi standard bagi mencegah COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pelanggan boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan (PPP) JPN Sabah menerusi talian 088-488300, 088-488301 atau 088-488365 untuk maklumat lanjut. – Bernama


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top