Pelancong China teramai lawat Sabah pada suku pertama 2024

hajiji-1.jpg

Gambar fail.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Daripada 321,184 pelancong antarabangsa yang tiba di Sabah pada suku pertama 2024, 116,922 adalah dari China, sekali gus menjadikan mereka kumpulan pelawat teramai yang mengunjungi negeri ini.

Sambil mengalu-alukan aliran meningkat pelancong dari China, terutamanya pelancong perniagaan, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, ia adalah petunjuk positif minat antarabangsa terhadap Sabah.

“Statistik pelancongan bagi Januari hingga Mac tahun ini menunjukkan Sabah mengalu-alukan kehadiran 776,845 pelawat, dengan tetamu antarabangsa merangkumi 321,184 daripada jumlah itu. Daripada pelawat antarabangsa, sebahagian besar adalah dari China,” kata beliau.

Hajiji berkata demikian pada majlis yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dengan China, di sini, semalam.

Sambil melahirkan harapan untuk melihat hubungan antara Sabah dan China berterusan serta diperkukuhkan, ketua menteri itu berkata, hubungan diplomatik Malaysia-China selama 50 rahun  mencerminkan kekuatan persahabatan dan usaha kerjasama yang berkekalan.

Katanya lagi, Sabah bangga kerana turut menyumbang kepada warisan kerjasama itu.

“Pada tahun 2023, Sabah dan China mencatat pencapaian penting dalam pelbagai sektor, disokong oleh pertukaran kerjasama dengan beberapa wilayah dan bandar China yang telah membuahkan perkembangan yang memberangsangkan,” ujar beliau.

Majlis itu turut dihadiri TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top