Pelancaran daerah penuh Membakut dijangka diadakan tahun ini – Arifin

arifin.jpg

Datuk Dr Arifin Arif (gambar fail).

Kongsi Bersama

MEMBAKUT: Majlis pelancaran daerah penuh Membakut dijangka diadakan tahun ini kata, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Arifin berkata, walaupun belum dilancarkan secara rasmi namun dari sudut pentadbiran ia sudah dimulakan.

“Pelancaran daerah penuh akan diadakan tahun ini, Insya-Allah. Kita menunggu masa yang sesuai untuk Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk melawat bagi melancarkannya, tetapi dari segi pentadbiran sudah pun bermula, ” katanya.

Mengenai isu kutipan hasil daripada Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, pihak yang membangkitkan perkara itu perlu menerima hakikat kerana berdasarkan kedudukan SOGT ia terletak dalam kawasan Kimanis dalam daerah Membakut.

“Saya yakin Papar boleh ‘survive’. Sebelum wujudnya SOGT, ada sudah Majlis Daerah Papar dan masih boleh membangun. Kita boleh bekerjasama dalam banyak hal kerana sama juga masih dalam negeri Sabah juga, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Membakut yang diadakan di Masjid Nur Ehsan Kampung Lumat, dekat sini, kelmarin.

Mengenai majlis itu, Arifin turut meminta Pegawai Daerah Membakut supaya membuat penggiliran bagi sambutan itu memandangkan Membakut kini mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Membakut dan juga Bongawan.

Untuk tahun ini katanya, sambutan Maal Hijrah diadakan dalam kawasan DUN Membakut dan pada tahun hadapan adalah giliran Bongawan untuk menganjurkannya.

Selain itu, Arifin turut meminta supaya pihak penganjur bagi aktiviti keagamaan termasuk jawatankuasa jemaah supaya memulakan program dengan acara tadarus bagi membudayakan amalan bertadarus.

“Sebelum program keagamaan jika ada kesempatan mungkin boleh adakan tadarus tidak semestinya semasa bulan Ramadan sahaja tetapi sepanjang tahun. Sekiranya ada kesempatan tadarus, kita bertadarus, ” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top