Pelajar UMS Nikmati Hidangan Berkualiti Pada Harga RM3.50

kafetaria-UMS.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Mulai hari ini,15 Julai, pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menikmati makanan berkualiti pada harga serendah RM3.50.

Perkara itu diumumkan Prof Madya Dr Raman Noordin dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, usaha itu bagi menyahut saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar Institusi pengajian tinggi (IPT) menjual hidangan kampus pada harga siling RM3.50 menerusi inisiatif Bakul Makanan Pelajar Keluarga Malaysia.

“Walaupun dengan harga yang lebih murah, UMS tidak akan berkompromi dengan kualiti makanan, dan akan memastikan setiap pelajar akan menikmati hidangan yang lengkap dan berkhasiat,” katanya.

Beliau percaya ini dapat membantu pelajar menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Ini diharap dapat membantu mengurangkan beban kewangan pelajar UMS terutamanya di bawah B40,” kata Raman.

Untuk rekod, terdapat 13,179 pelajar B40 di UMS yang terdiri daripada 4,215 lelaki dan 8,964 perempuan.

Bagi membantu pekerja kafeteria menangani isu kenaikan harga barangan yang akan memberi kesan kepada harga yang mereka akan kenakan untuk makanan mereka, moratorium selama enam bulan akan diberikan kepada mereka mulai bulan ini.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin memberi jaminan bahawa di bawah hashtag #UMSPeduli, pegawai universiti akan meneruskan UMS Siswa Food Bank yang diperkenalkan pada 2019.

“Inisiatif Food Bank tidak terhad kepada pelajar kampus sahaja tetapi juga untuk pelajar yang tinggal di luar kampus,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top