Pelajar Seni Kulinari Bentang Projek Makanan Di Persidangan Dalam Talian

pelajar-kvk.jpg
Kongsi Bersama

Dua orang pelajar jurusan seni kulinari Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Rickley John dan Ethan Andre Marcus, telah membentang projek inovasi makanan di persidangan International Ankara Multidisciplinary Studies Congress yang berlangsung dari 27 sehingga 29 Januari 2023 yang berpusat di Ankara, Turkiye.

Persidangan itu dihadiri oleh pembentang dari 32 buah negara.

Pasukan pelajar ini membentang projek makanan berupa bar granola yang berasaskan buah nangka.

Justifikasi projek ini adalah untuk memberi pilihan alternatif yang lebih sihat kepada pelajar-pelajar sekolah yang sering mengambil snek yang kurang berkhasiat semasa berada di sekolah.

Salah satu tujuan projek ini adalah untuk memperkenalkan buah nangka sebagai perisa bagi makanan ringan.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Puan Christine Stanislaus Kinsik, sangat berbangga dengan usaha pasukan pelajar ini yang menggunakan kemahiran yang mereka pelajari dari jurusan vokasional untuk menghasilkan inovasi makanan yang bertujuan menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti iaitu tabiat mengambil makanan yang boleh merbahayakan kesihatan. Dia berharap agar amalan inovasi di kolej it terus dipraktikkan.

Rakaman pembentangan tersebut boleh diakses melalui pautan: https://youtu.be/z-rJBaneELQ

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top