Pelajar Sabah Semifinalis Sweden Film Awards

pelajar-keningau.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dua orang pelajar jurusan kosmetologi Kolej Vokasional Keningau, Delvera Debbie dan Jacqueen Joyce, telah berjaya menjadi semifinalis bagi Sweden Film Awards yang dianjurkan secara bersemuka dan jarak jauh pada 4 April 2022.

Mereka telah menghantar penyertaan bertajuk “KVC Talk Show: Jacqueen & Delvera” yang boleh diakses melalui pautan: https://youtu.be/1n1pkEh99WI

Rakaman video berdurasi lima minit itu menampilkan dua orang pelajar tersebut menggunakan pengalaman dan kemahiran mereka untuk mempromosi produk pilihan mereka melalui konsep “Elevator Pitch”. Konsep itu yang sering digunakan dalam dunia perniagaan adalah persembahan atau pembentangan idea perniagaan dalam masa yang singkat namun kreatif dan meyakinkan.

Rakaman video ini diambil semasa kelas dalam talian melalui Google Meet ketika pelajar-pelajar ini berada di rumah masing-masing semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah atau lebih dikenali sebagai PDPR.

Pengarah kolej itu, Johari @ Jaibet Bin Sabin, memuji usaha para pelajar ini yang kekal aktif menyertai aktiviti semasa PDPR dan kreatif menggunakan platform yang sedia ada bagi aktiviti yang selalunya dijalankan secara bersemuka.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top