Pelajar Sabah Johan Pantomim Di Festival Seni Brazil

Sek-Keningau-pentomin.jpg

Pasukan Kolej Vokasional Keningau yang menjadi johan di Johan Pantomim Di Festival Seni Brazil.

Kongsi Bersama

KENINGAU : Pasukan Kolej Vokasional Keningau telah mendapat tempat pertama di seni festival Brazil yang berlangsung secara jarak jauh pada 10 Mac 2022 dalam kategori pantomim.

Pantomim adalah persembahan teater yang berasaskan ekspresi wajah, pergerakan dan bahasa isyarat tanpa sebarang pertuturan lisan.

Pasukan ini terdiri dari lima orang pelajar iaitu Aaron David, Syafiz Faizie, Alfred Maranis, Isaac Eilan dan Adam Khanafiah.

Persembahan pantomim mereka yang bertajuk “Dirty Laundry” (dobi kotor) mengisahkan senario pendek berkenaan dengan situasi buli di sekolah.

Pelajar yang dibuli dalam lakonan ini telah berjaya memberi pengajaran kepada pembulinya apabila dia menggaulkan bahan tertentu dalam sabun pencuci semasa dipaksa membasuh pakaian pembuli yang menyebabkan mereka berasa gatal yang teramat teruk apabila memakai baju tersebut setelah kering.

Pengarah kolej itu, Johari @ Jaibet Bin Sabin, memuji inisiatif pelajar-pelajar berkenaan yang berjaya meneroka genre baharu dalam seni persembahan iaitu pantomim yang jarang dipertengahkan dalam mana mana aktiviti seni sekolah.

Dia berharap agar pelajar-pelajar di kolej itu terus aktif dalam aktiviti seni. –Sabah Post


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top