Pelajar Sabah Bentang Projek di Persidangan Turki

kolej-keningau.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tiga pasukan dari jabatan hospitaliti Kolej Vokasional Keningau telah membentang projek inovasi makanan dan minuman di persidangan dalam talian International Congress On Social Science yang dianjurkan dari Kayseri, Turki, pada 10 Jun lepas.

Persidangan tersebut dihadiri oleh delegasi dari 15 buah negara termasuk Amerika Syarikat, China, India, Nigeria dan Jepun.

Rakaman pembentangan para pelajar ini boleh ditonton di pautan YouTube berikut: https://youtu.be/KogFrCekEnQ.

Pasukan pertama terdiri daripada Clyeerandyclara Joseph, Christian Charles dan Chrisper yang membentang produk aiskrim yang berperisa buah kungkurad dalam usaha memperkenalkan buah tersebut sebagai perisa makanan.

Pasukan kedua dianggotai oleh Joy Maylyrinza, Nur Adibah Kifli, Nur Syahirah Sardi dan Audrey Aurora yang mengesyorkan penggunaan kulit pokok binuang sebagai ramuan teh untuk merawat pendarahan selepas bersalin bagi ibu-ibu muda.

Pasukan ketiga diwakili oleh Adam Aizuddin, Kimnik Kimkin, Shirley Angela dan Dayang Nurabiatul membentang sos cili yang dihasilkan dengan menggunakan buah liposu untuk menggantikan cuka.

Pengarah kolej itu, Johari @ Jaibet Sabin, berharap agar budaya kajian dan inovasi dikalangan pelajar dan guru institusi itu terus diamalkan memandangkan ia sejajar dengan matlamat pendidikan negara.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top