Lima pelajar jurusan Teknologi Automotif Kolej Vokasional Keningau telah membentang projek inovasi automotif di International Conference on Chemical and Biological Sciences pada 20 September 2022 yang berpusat di Nigeria.
Persidangan yang berlangsung di Zoom ini dihadiri oleh delegasi dari 11 buah negara di Asia, Eropah dan Afrika. Rakaman pembentang pasukan ini boleh diakses melalui: https://youtu.be/sovbsNXm52A
Lima pelajar tersebut adalah Carlsen Norman, Idham Sahaidainain, Ernard
Losimun, Muhammad Zulkarnain dan Khairisyafwan Waimin.
Mereka membentang inovasi jek gunting yang berasaskan kuasa bateri dimana ianya tidak memerlukan tenaga manusia untuk dioperasikan sepenuhnya.
Tujuan inovasi ini diciptakan adalah untuk memudahkan mekanik kereta dan pemandu kereta agar proses mengangkat badan kereta lebih mudah, selamat dan cekap.
Pengarah kolej itu, Johari @ Jaibet Bin Sabin, menzahirkan rasa puas hati dengan pembentangan para pelajar ini kerana ianya meningkatkan kemahiran mereka untuk berkomunikasi terutamanya dalam bahasa Inggeris serta membantu untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.