Pelajar Kosmetologi KV Keningau Bentang Kajian Kesihatan Di Persidangan Antarabangsa

KV-keningau.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kolej Vokasinal Keningau terus melakarkan nama di persada antarabangsa apabila pasukan pelajar kosmetologi kolej itu telah membentang kajian kesihatan di persidangan dalam talian International Conference on Social Sciences & Humanities anjuran Sivas University of Science and Technology, Turkiye, pada 19 Julai 2022.

Rakaman pembentangan mereka boleh ditonton melalui pautan berikut: https://youtu.be/I3DZYu5QE1g

Pasukan pelajar ini terdiri daripada Andrea A. Anthonius, Yuzira Yazrin, Nur Mahira Ramlee dan Suzila Galana.

Mereka telah membentang penyelidikan yang dijalankan di sebuah kampung di Sabah dimana kebanyakkan penduduknya adalah petani. Projek ini mengumpul maklumat berkenaan tahap kesedaran penduduk tersebut berkenaan dengan penyakit kulit kaki.

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesedaran para penduduk tentang risiko penyakit kulit yang mereka hadapi dan mendedahkan mereka dengan amalan penjagaan kulit yang mampu menanganinya.

Pengarah kolej terbabit, Johari @ Jaibet Bin Sabin, berkata pihaknya sentiasa menggalakkan para pelajar dan guru di kolej itu untuk membantu komuniti melalui inovasi dan kajian. Beliau berharap agar kolej itu mampu melahirkan graduan yang memiliki kemahiran yang tinggi dalam menyelesaikan masalah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top