Pelajar Kolej Vokasional Keningau Bentang Projek di Persidangan Maya Turkiye

pelajar-KV-keningau.jpg
Kongsi Bersama

Nurul Ain Sarah Ariffin, pelajar jurusan pengurusan perniagaan Kolej Vokasional Keningau, telah membentang projek tahun akhirnya di persidangan International Korkut ATA Scientific Researches Conference anjuran Osmaniye Korkut Ata University, Turkiye, pada 28 Jun 2022.

Rakaman pembentanganya boleh ditonton melalui: https://youtu.be/uYA7209GBPY

Pelajar ini membentang projek tahun akhir program pengurusan perniagaan dimana dia bersama rakan sekelasnya telah menganjurkan sebuah bazar jualan di kawasan sekolah selama sehari dan setiap pelajar memperniagakan produk pilihan masing-masing.

Nurul Ain Sarah telah menjual produk mekap dan kecantikan semasa bazar tersebut.

Pembentangannya di persidangan ini meliputi perancangan, perlaksanaan dan strategi pemasaran bagi projek penjualan produk tersebut.

Pengarah kolej terbabit, ohari @ Jaibet Sabin, memuji usaha pelajar ini dan berharap dia akan berjaya menjadi usahawan yang mampu menembusi pasaran produk kecantikan yang semakin berkembang.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top